Sunday 9 February 2014

Allahu :')

Assalamualaikum, this is "Azab Wanita Tidak Menutup Aurat*.

Barang siapa yang melanggar larangan Allah, maka dia akan mendapat azab yang amat pedih, antaranya ;

*Balasan wanita yang membuka rambut kepalanya selain untuk tatapan suaminya akan digantungkan rambutnya di atas api neraka sehingga menggelegak otaknya berterusan selama ia tidak menutupnya.

*Dada yang sengaja dibuka atau ditonjolkan supaya kelihatan seksi, akan digantung di atas api neraka dengan pusat dan buad dadanya diikat dengan rantai neraka sebagai penggantungnya.

*Betis dan paha yang diselak-selak, sedialah untuk dipanggang yang pedihnya tidak dapat digambarkan oleh dek akal fikiran manusia.

//Wahai kaum Hawa apabila berada diluar sana amat dituntut kepadanya agar memakai pakaian yang menutup aurat seperti memakai pakaian di dalam sembahyang, bezanya mungkin sedikit pendek bertujuan untuk memudahkan pergerakkan. Tidak boleh terlalu ketat, sehingga menampakkan pergerakan pinggulnya. Sekalipun tebal seperti seluar jeans, tidak nipis atau jarang sehingga diperlihatkan apa di dalamnya. Berseluar panjang buley tetapi hendaklah dilabuhkan pakaian luarnya\\

Sekadar renungan buad keinsafan diri serta orang yang membacanya :') Sekian, Wasalam.

Monday 3 February 2014

One Day :')


Terkadang terdetik dekat hati ini ingin jadi seorang muslimah yang sejati. Kadang-kadang terfikir jugak nak pakai purdah + tudung labuh + handsock + stokin + something like that. Pernah jugak sekali aku mencubanya, namun rebah ditengah jalan dek hasutan syaitan. Dulu aku pernah memakai semua itu, tetapi hanya seketika suatu masa dahulu, ketika aku sedang berjihad dijalan Allah. Di sekolah lamaku, di tanah wakafan Madrasah Idrisiah Bukit Chandan. Tetapi setelah aku berpindah disekolah baruku, aku tak dapat membuad seperti itu lagi. Bukan salah sekolah itu, tetapi salah aku sendiri. Aku tidak "BERISTIQOMAH" dalam melakukan sesuatu perkara. Aku hanya mengekalkan dengan memakai stokin dan bertudung labuh. Tapi itu hanya di sekolah dan di asrama, tetapi tidak di rumah. Aku leka dengan hasutan dunia. Aku alpa bahawa dunia ini hanya seketika kita menumpang sebelum tiba di tempat yang sepatutnya. Ya Allah, sesungguhnya hambamu ini telah jauh terpesong dari suruhanMu. Ya Allah kembalikanlah jiwaku ke jalanMu. Sesungguhnya aku ini seorang hamba yang telah banyak melakukan dosa. Ampunilah dosa-dosaku Ya Allah. Ampunilah dosa kedua ibu bapaku, adik beradikku, sahabat seperjuanganku, dan seluruh umat Islam ya Allah. 

"Jika HARI ini
 WAKTU ini
 SAAT ini
aku manusia yang berdosa,
maafkan aku YA ALLAH . .
kerana aku juga manusia yang . .
L E M A H "