Monday 3 February 2014

One Day :')


Terkadang terdetik dekat hati ini ingin jadi seorang muslimah yang sejati. Kadang-kadang terfikir jugak nak pakai purdah + tudung labuh + handsock + stokin + something like that. Pernah jugak sekali aku mencubanya, namun rebah ditengah jalan dek hasutan syaitan. Dulu aku pernah memakai semua itu, tetapi hanya seketika suatu masa dahulu, ketika aku sedang berjihad dijalan Allah. Di sekolah lamaku, di tanah wakafan Madrasah Idrisiah Bukit Chandan. Tetapi setelah aku berpindah disekolah baruku, aku tak dapat membuad seperti itu lagi. Bukan salah sekolah itu, tetapi salah aku sendiri. Aku tidak "BERISTIQOMAH" dalam melakukan sesuatu perkara. Aku hanya mengekalkan dengan memakai stokin dan bertudung labuh. Tapi itu hanya di sekolah dan di asrama, tetapi tidak di rumah. Aku leka dengan hasutan dunia. Aku alpa bahawa dunia ini hanya seketika kita menumpang sebelum tiba di tempat yang sepatutnya. Ya Allah, sesungguhnya hambamu ini telah jauh terpesong dari suruhanMu. Ya Allah kembalikanlah jiwaku ke jalanMu. Sesungguhnya aku ini seorang hamba yang telah banyak melakukan dosa. Ampunilah dosa-dosaku Ya Allah. Ampunilah dosa kedua ibu bapaku, adik beradikku, sahabat seperjuanganku, dan seluruh umat Islam ya Allah. 

"Jika HARI ini
 WAKTU ini
 SAAT ini
aku manusia yang berdosa,
maafkan aku YA ALLAH . .
kerana aku juga manusia yang . .
L E M A H "

No comments: