Tuesday, 26 August 2014

Renungan Sejenak :)



Bismillah ..
Assalamualaikum ..
Pada zaman sekarang ini, kita sering kali menyalahkan golongan-golongan yang dilabelkan sebagai sampah masyarakat , kita kutuk, hina dan kerap mengeluarkan pernyataan yang tidak elok kepada mereka. Itu apa yang kita lihat di mata kita ..
Tetapi, adakah kita pernah terfikir tentang nasib golongan tersebut yang dilahirkan bukan dalam suasana yang latar belakangnya dekat dengan Agama ? Mereka tak pinta pun dilahirkan dalam keadaan sebegitu.
Kita tak boleh nak salah mereka 100% , disebabkan keadaan mereka yang jahil. Apakah tugas kita sebagai manusia, sebagai umat Rasulullah ? Adakah terus menghukum ? Ataupun mendidik mereka supaya mereka kenal Agama .
Sama-sama kita renungkan .
Wallahua'lam ...

No comments: